Sunday, July 22, 2012

AHLAN WA SAHLAN MARHABAN YA RAMADHAN





Assalamualaikum....

Marhaban Ya Ramadhan... sedar tak sedar dah Dua hari kita berpuasa, puasa makan, hati, mate dan sebagai nyer... ingat bukan puase perut je ye...Mfar pun tak terkecuali juga.... ingat lagi masa kecik2 dulu mase time tadika, balik jer tadika terus cari nasi kat dapur... mak kate biasa la puase yang yang yok, bangun pagi buka periuk, huhuhu lepas tu biasalahkan bila dah besar sikit puasa pun penuh juga( dapat hadiah klu puasa penuh...)tapi masa darjah 1,2,3 je ar.... erm pastu takder dah hadiah sebab mak kate cube tengok orang kat somalia tu tak dapat makan.. bayang kan klu jadi kat kita... tu yang insaf tu.. huhuhu. hmm, kat tempat korang mesti ader bazar ramadhan kan... kat sini pun ader  boleh tahan juga la sampaikan jalan kat chemomoi ni JEM kihkihkih macam tak percaya pulakan, kat sini yang menarik untuk Mfar beli seperti murtabak, kuih muih dan beberapa masakan.. lain2 tak berapa lah, klu boleh bulan ramadhan ni tak mahu membazir pula...Korang pun ingat jangan membazir tau, membazir tu kan amalan syaitan( dah kene ikat) jangan lak korang ganti dia yer... oklah klu cakap banyak nanti batal lak puasa, hilang pahala yek... erm SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA.. WASSALAM

P/S: jangan lak korang main meriam buluh lepas g terawih yer... ni Mfar dah dengar Dentam Dentum dah...



Ramadhan datang lagi,

Membawa seribu erti,

Menguji jati diri,

Sejauhmana cinta pada Ilahi

Ramadhan datang lagi,

Mengusir segala sunyi sepi diri,

Dinihariku yang malap kini kian berseri,

Dengan tasbih,cselawat dan tahmid suci.

Ramadhan,

Datangmu memang kunanti,

Rinduku padamu sentiasa mekar di taman hati,

Segar mengharum di bingkai rohani,

Menjadi inspirasi pengabdian diri ,

Sepenuh jiwa raga pada raja seluruh alam,

Allah Rabbbul’alamin.

Ramadhan,

Kuharap kali ini kau takkan pergi lagi,

Walaupun kau pasti akan pergi lagi,

Meninggalkan aku, dia dan semua isi bumi,

Dan hanya akan datang menjengah kembali,

Dengan membawa malam seribu erti,

Pada tahun hadapan nanti.

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan,

Wa Marhaban Minkum

Kuharap kau tetap hadir dalam sanubariku,

Bagi mentarbiyah nafsu dan mindaku agar sentiasa,

Melaksanakan Sunnatullah,

Menjauhi mungkar dan larangan Allah,

Agar..biar lahirku nanti selepas Ramadhan,

Laksana bayi yang suci bersih,

Tanpa noda dan dosa.

No comments: