Wednesday, August 31, 2016

HARI KEMERDEKAAN ... BEBASKAH KITA?


MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !...Yeay dah 59 tahun negara ini merdeka, yang pasti negara yang merdeka... adakah kita tergolong dalam orang yang merdeka? so pikir pikirkan... sempena hari kebangsaan yang 59 ni meh la beramai ramai kibarkan jalur gemilang ya....



 so ni la aktiviti dan ragam anak anak saya semasa menyambut hari kebangsaan kita...



 ni sepupunya.. so hari ini dikirakan kanak kanak yg lebih menghargai dan meraikan nya


so sempena HARI KEBANGSAAN KE 59 ni meh lah kita terus mempertahankan Kemerdekaan kita dari di jajah semula untuk masa depan anak dan cucu cicit kita... 

SAYA ANAK MERDEKA
MFAR 00.01a.m 31.8.2016

Saturday, August 27, 2016

Buat mu Teman


( 3 stooges)

Salam buat semua...orang nak cerita sedih sikit....baru baru ni saya dikejutkan dengan kehilangan seorang boleh dikatakan sahabat, adik, dan rakan baik. Beliau merupakan seorang yang mempunyai karekter yang sungguh baik, kelakar, pemurah, dan paling best semua dia boleh masuk...sampaikan saya sendiri kadang2 jelous.. yes jelous dengan kebaikan nya..pada tanggal 21 Ogos 2016 jam 12.47 tgh hari beliau telah kembali ke rahmatullah akibat komplikasi demam denggi. kehilangan nya bagaikan seperti perasaan kehilangan kedua ibu bapa.. yes of course itu yang saya rasa..so saya dedikasikan sedikit kata2 kepada beliau.. semoga allah merahmati dan mencucuri rahmat ke atas roh nya... 


 ni la orang nya... Hansemkan


Perginya Seorang Teman

persahabatan yang baru kita bina bagaikan 1000 tahun, 
walaupun baru ku kenal tak sampai 4 tahun,
gelak tawa mu masih berlayar di fikiran ku,
menari nari bagaikan kau masih ada,
ku rasakan bagaikan mimpi..
bagaikan baru semalam kita makan cendol,
bagaikan baru semalam kau ketawa besar 
sebab menang main FUN RUN.
bagaikan baru semalam kau ajar aku main game,
ketawa mu, senyum mu tetap kan ku ingati..
bagaimana nak ku buang,....

pejam celik pejam celik dah 5 hari berlalu,
permata hati mu akan kami jaga..
kenangan mu tetap akn kami pelihara
walaupun jasad mu telah tiada
kata kata mu, senyum mu, ketawa mu...
tetap dalam hati ini..
semoga tenang kamu disana wahai sahabat..

Ya ALLAH
ampun ni lah dia
kasihanilah dia
kau jaga lah dia
kau lapangkan kuburnya
kau kurniakan syurga buat nya....
amin ya rabbal allamin...


ni gambar raya baru ni


ni la game yg setiap kali dia balik kami main...


ni hari2 last sebelum masuk wad... tapi tgk rupa dah tahu dia tgh tahan sakit..






Al Fatihah


Dalam Kenangan

MUHAMMAD ASHRAF BIN HASSAN BASRI
( 24.10.1988 - 21.8.2016 )


MFAR  01.16am 27.8.2016


Wednesday, August 24, 2016

i'm back...............

Salam semua.. hahahaha.. sorry lama menghilang... azam tinggal azam je... banyak benda tertinggal nak share.. banyak benda dah terlepas.. soo i'm back...